Wednesday, July 4, 2012

Lupa

Sori geng.Dah lama tak tulis apa-apa kat blog ni. Semenjak-menjak dah kahwin gua dah jadi pelupa pulak.

Keh.Keh.Keh

Ok.Cukup dulu.

Friday, December 2, 2011

Salam Jumaat di Awwal Muharram

Sebuah kehidupan beragama terutamanya kita orang Islam khususnya meletakkan Allah, kitabNya dan Rasul sebagai panduan yang terutama. Manusia sangat optimistik bila dalam keadaan normal maupun tenang.Semua yang disenaraikan terbabit dapat di tuturkan dengan baik dengan lidah.Ketika tiada masalah kritikal menghimpit, kita dengan berani melaungkan, Allah bersamaKu  tetapi kebanyakan orang, mereka lupa dan lalai. Fitrahnya, manusia itu lupa ketika senang. Tetapi bila dibelenggu sesuatu masalah, tiada lagi sandaran kepada Allah, tiada lagi ucapan manis pada mulut. Yang hanya mampu diucapkan adalah sumpah seranah, cacian serta makian yang ketat dimulut, bersedih hiba dan paling tidak pun  merungut dan mendesis di dalam hati "Oh!Malangnya nasibku harini".
Sebenarnya, mereka ini lupa akan Allah. Allah yang menguji dan meletakkan takdir masalah itu pada jalan nafas hidup mereka dan lupa Allah jua yang berkuasa untuk menariknya kembali.Kita tiada daya upaya walaupun  sekelumit jua untuk menyelesaikan. Kerana kudrat dan iradat itu adalah hak milik Allah semata. Yang baik dan buruk itu hanyalah pada pandangan kita yang tersurat. Tapi yang pasti hikmah besar lain pada yang tersirat di sebaliknya.Tiada pengetahuan kita akannya melainkan Allah jua yang Maha Mengetahui .Buat sahabat,Allah tidak menciptakan kamu untuk kamu hanya rasa menderita di dunia ini. Carilah kebahagiaan hakiki  yang tersembunyi di dalamnya dan didepan sana.
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah dirimu kepada Tuhanmu dengan redha lagi diredhai"
Dan insyaAllah kamu pasti  akan menjumpainya jika kamu bersabar terhadap dugaanNya. Kerna Allah bersama orang-orang yang sabar.Jadi, ingatlah! dan kembalilah pada tuhanmu Zat yang bernama Allah serta selawat dan salam untuk Muhammad dan keluarga Muhammad. Amin

Sunday, November 20, 2011

My New Look..

Bosan udah guwe dengan Windows 7...Terlebih dahuluaku cuba pulak pkai Ubuntu Pinguy O.S sebelum windows release dia nye latest OS.Menarik jugak Ubuntu nye interface.Ni adalah my 1st time percubaan, then banyak lagi yang aku nak kena explore. Bila lama-lama dah godek itu ini, suke plak aku ngn OS yang ni. Pinguy OS v11.04. Dia nye ciri2,ade 3D desktop kat atas tu.Boleh tukar2 workspace.Dan macam2 application yang tak pernah aku cube sebelum ni.Kalau korang nak cube, pergi je kat webpage dorang. Download free je. klik sini PinguyOS.
Tapi aku akan switch balik pada windows bile  Windows 8 release .Bile?Ntah..Next year kot.
Selamat mencuba :)

*****UPDATED*****
Buat masa ni, Aku dah buang pinguy OS 11.04 tu, dan mencuba pulak Ubuntu 11.10.Yang ni lagi best. Ni aku tunjuk sket interface dia.
Aku sengaja x install docky kat bwah tu sbb bagi aku launcher kat sebelah kiri tu dah ckup baik. sebenarya aku nak sgt pkai Doccky tu.Baru la nmpak Docky.erkk

Thursday, October 13, 2011

Hingga Akhir Nanti

Menjadi hamba Allah di akhir zaman ini amatlah mncabar. Risau jugak bila melihat kiri kanan diri sekarang ini. Mampukah kita menjadi hamba yang baik. Baik dalam hablu minallah dan pada masa yang sama menjaga habluminannas...
Tanya diri sendri kita dulu. Pandang pada cermin diri. Tak perlu pandang  pada orang lain. Cukuplah hanya pada kita ini. Lihat segenap inci pelusuk tubuhmu wahai jiwa. Renungilah dalam2 akan asal penciptaanmu...

Bolehkah kita menuntut syurga firdaus dengan ilmu dan amal yang hanya umpama setitik peluh yang menitis di tengah padang pasir kontang?
Berhakkah kita mendapat syafaat nabi Muhammad s.a.w bilamana warisan tinggalan baginda Quran dan Sunnah diperlekehkan secara terang-terangan.
Mampukah kita menjadi anak yang taat tanpa cacat celanya?Berbakti kepada mereka hingga penghujung hayat
Mampukah kita menjadi suami yang bertanggungjwab dan adil pada isteri, anak-anak2 dan keluarga?Mereka adalah amanah yang di pertanggungjwabkan. Ikrar kedua yang menggegarkan seluruh isi langit dunia.

Dan juga....
Mampukah kita menjadi isteri yang taat pada setiap perintah suami??Perkataan maupun perbuatan yang selagi mana tiada bersalahan dengan syariat.
Dan yang pling penting....adalah.....
Mampukah kita menjadi insan yang sebenar2 insan??insan  yang penuh dengan sifat terpuji ..Muhammad sebenar benar Muhamad..inilah ikrar pertama pun sampai sekarang x ingat-ingat.Pelupa yang azali.Warisan moyangku Adam.
Inilah persoalan utama yang selalu bermain di fikiran. Tetapi hati kecil dibenak ini selalu memujuk. Semoga Rabb-ku melimpahkan akan kurnia dan rahmatNya. Diberikan petunjuk hingga akhir zaman.Diberikan istiqomah dalam berusaha. mencapai wawasan yang didokong ribuan tahun.Kerna aku yakin sifat ar Rahman Mu mengalahkan  sifat Qahar-Mu.InsyaAllah

Ya Allah, Kau hiasi udara dengan tujuh lapisan langit tanpa tiang dengan saalah satu namaMu, tetapi hati tidak pernah berubah walaupun dicacah dengan seribu pengajaran dari Kalam-Kalam-Mu.Maka oleh itu, hindarilah aku dari kutukan Mu itu .

Bingkisan dari sudut hati yang terdalam,

Si fakir, 
Jaha al- Kelantani

Sunday, September 4, 2011

Malas Bebenor

Dah abis dah mood cuti raya..Esok dah mula masuk kerja balik. Ni yang maleh ni.Haish.. Ramadhan sudah melewati.Sedih plak.Kini syawal plak yang tiba.Hepi2 dan makan2.Bersama famili dan sahabat handai.Yang dah lama tak jumpa boleh bertemu mata .Tengok anak-anak buah dapat duit raya.Tersenyum sorang-sorang. Huhu.Mengulit kenangan.
Kalau dulu masa kecik-kecik, 2-3 ari sebelum nak raya hati hepi sangat-sangat. Tunggu abang-abang dan akak yang pulang beraya. Dorang balik bukan dengan tangan kosong. Dapat baju raya, kasut raya dan yang semestinya dapat jgak duit raya. Tapi dah seminggu raya bila masa dorang nak balik ke tempat kerja dorang balik, hati rasa sedih plak nak berpisah. Memang waktu itulah waktu yang tidak paling tidak best. 
Sekarang ni giliran aku plak. kenangan tu datang balik. Bila tengok anak-anak buah. Sayu dan sedih pun ada. Panjang umur kita jumpa lagi next raya. Raya bersama orang baru dan famili baru.Muehehe
Apa-apa pun hidup mesti terus.Esok mau kerja dan malam ni nak kene tidur awal.Tapi boleh kah aku??erkk.
p.s : Kalaula gov bagi cuti raya aidilfitri 30 ari kan best...

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Lahir

Selamat hari untuk gue....Semuga di tahun ini dilimpahi berkah hendakNya. Agak-agak apa hadiah yang gue dapat. Dapat LCD 42" kot.
Apa-apa pun tunggu esok je.

Kesempatan ni. nak juga ucap selamat hari raya.Maaf zahir & batin untuk semua.

Friday, August 26, 2011

Best! Dapat Hadiah Henpon Baru

Hari yang rajin. Kutip semua pakaian termasuk seluar jeans yang dah lama aku perapkan  kat belakang pintu bilik untuk cuci sebelum balik raya kat kampung.

Oleh sebab pakai mesin basuh semi auto. Aku bagi beberapa tips penting untuk dikongsi bersama.
Mula-mula :-

1) Masukkan detergen & air secara manual je.
2) Tunggu air cukup mencapai 20L @ secukup rasa (bergantung pada kapasiti muatan) kemudian tutup pili air.
3) Mesin dah boleh dihidupkan untuk pakaian diuli-uli.Set untuk 15 minit. Pilih samaada mode Gentle atau Normal.Aku pilih mode Normal sebab nak sental jeans yang dah lama aku lupa cuci(alasan)
4) Bila mesin dah stop secara auto, sekarang buang semua air longkang yang ada dalam mesin tu melalui drain outlet
5) Ulang proses (1) hingga (3) untuk 2 kali lagi supaya dapat  menghilangakan perasaan was-was/keraguan yang munasabah pada pakaian yang dicuci.
6) Pindahkan  pakaian dari washing compartment kepada dryer compartment untuk proses pengeringan
7) Kutip  pakaian satu-satu dengan harapan anda tidak akan menemui barang berharga seperti handset  di washing compartment sepertimana yang aku alami harini.Cis!!Total loss..

Moral : Lain kali cek dulu semua barang2 yang ada pada bahagian poket. Jangan main kutip dan humban je. :))